Mahkamah | Lelaki didakwa culik, bunuh teman wanita

2022-10-11 0

Seorang penyelia tapak pembinaan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas dua tuduhan menculik dan membunuh teman wanitanya, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lai Jai Loon, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli dan Syahrul Sazly Md Sain.